`

 

 

 

Sektor Swasta di Institut Integriti Malaysia (IIM) merupakan sektor yang bertanggungjawab dalam membantu meningkatkan tadbir urus korporat ekonomi Malaysia. Entiti korporat dan syarikat-syarikat besar yang lain, bersama-sama dengan perniagaan kecil dan sederhana merupakan penggerak dan pemacu bagi sektor swasta dalam meningkatkan integriti di kalangan rakyat Malaysia.
 

Diantara program-program yang pernah dianjurkan oleh sektor swasta bersama  Institut Integriti Malaysia sejak penubuhannya ialah program-program yang berbentuk perkongsian isu-isu etika dan integriti dengan pemacu sektor swasta melalui penglibatan setiap pihak yang berkepentingan berlandaskan prinsip-prinsip tanggungjawab sosial korporat, etika perniagaan dan integriti di kalangan penjawat sektor swasta.  Tujuh tahun yang lalu menyaksikan banyak cabaran telah berjaya diatasi dengan jayanya, ini menjadikan  Sektor Swasta dan pasukannya lebih kukuh, di samping dapat memberi inspirasi dan keyakinan terhadap semua pihak yang berkepentingan. 
 

 

Paparan : 7673
Tarikh Kemaskini : 26 Julai 2011