Kini Portal IIM boleh dilayari melalui  mobile.
 Imbas pada QR Kod.
 Untuk bantuan sila klik disini
`

.........  
 
Buku Enam Nilai Murni

 

Cadangan menerbitkan Buku Enam Nilai Murni adalah hasil beberapa siri perbincangan melibatkan kumpulan fokus yang terdiri daripada pakar-pakar pendidikan, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), wakil-wakil PIBG, NUTP dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan sepanjang tahun 2009.

 

Salah satu resolusi yang dicapai hasil daripada perbincangan tersebut ialah IIM perlu membantu menerbitkan buku-buku yang berkaitan dengan integriti sebagai bahan bacaan tambahan di sekolah.

 

Sehubungan itu, satu projek berkaitan yang dikenalpasti ialah penerbitan buku yang menghuraikan tentang enam nilai murni yang menjadi nilai teras dalam kurikulum pendidikan di sekolah. Usaha murni ini telah mendapat kerjasama yang baik daripada KPM. KPM telah meluluskan penerbitab buku tersebut untuk diedarkan ke semua sekolah rendah dan menengah termasuk di Sabah dan Sarawak.

 

RM 5.60 set (Tahap 1 & 2 Sekolah Rendah)

RM 3.00 (Tahap  Sekolah Menengah Rendah)

 

 

 
 
   


 

Jejak Guru Berintegriti: Integriti Memperkasa


IIM telah menerbitkan buku ‘Jejak Guru Berintegriti: Integriti Memperkasa' yang memuatkan penulisan pengalaman-pengalaman peribadi tokoh-tokoh pendidik yang telah berkongsi pengalaman mereka di dalam sesi-sesi Seminar Integriti Warga Pendidik anjuran IIM dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia.


Tokoh-tokoh yang telah menyumbang penulisan mereka di dalam buku ini adalah terdiri daripada Y. Bhg. Datuk Hj Sa'ari Hassan, Tuan Hj Jamian Jaffar, Y.Bhg. Datuk Mary Yap Kain Ching, Y.M. Tengku Azuan Tengku Mohamed, Puan Hjh. Khuzaimah Sulaiman dan Y.Bhg. Datu' Dr. Hj. Adi Badiozaman Tuah.


Matlmat penerbitan buku ini selaindari sebagai bahan bacaan dan rujukan semua guru di Malaysia adalah untuk dimanfaatkan pengalaman tokoh-tokoh guru dan guru-guru cemerlang ini dengan penekanan kepada aspek integrity dalam bidang pendidikan dan pentadbiran sekolah. Pengalaman-pengalaman berharga tokoh-tokoh ini perlu dicontohi oleh semua guru demi meningkatkan integriti, kredibiliti dan kecemerlangan profesion perguruan secara keseluruhannya.
 

RM 8.00


 

 
   

 

 

Jangan Mengelat: Integriti dalam Jenaka
 

Penerbitan buku bercorak bacaan santai dengan konsep kartun ini merupakan usaha Institut Integriti Malaysia (IIM) susulan daripada projek penerbitan kartun-kartun yang menunjukkan isu integriti dalam masyarakat, hasil karya Cabai yang kami tempah khas 2 tahun lalu.


Matlamat penerbitan ini adalah untuk menjelaskan kepada masyarakat maksud sebenar integrity. Projek penerbitan ini telah mendapat persetujuan dan kerjasama daripada Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd. Sebelum ini belum ada penerbitan seumpamanya yang menyampaikan mesej integriti dan kaitannya dengan kualiti hidup dalam konsep sebegini.


Penerbitan ini, diharapkan dapat meneruskan usaha untuk mencetus perbincangan dalam kalangan masyarakat tentang isu integriti dalam sektor politik khasnya dan dalam masyarakat yang lain amnya.

 

RM 13.00
 

 
   


Integriti Politik di Malaysia: Ke Arah Kefahaman Yang Lebih Sempurna - 01 July 2008

Penerbitan buku ini adalah satu usaha untuk mengumpulkan pandangan dan idea mengenai konsep integriti politik dalam pengamalan sistem demokrasi di Malaysia. Ramai pengkaji dan penulis menghasilkan buku mengenai politik negara, tetapi belum ada buku yang dihasilkan memberi fokus kepada elemen-elemen integriti yang kita percaya menjadi akar umbi kepada sesuatu amalan murni dalam sistem pemerintahan negara. Pandangan masyarakat tentang sikap seseorang ahli politik serta kecekapan bergantung bagaimana mereka mengendalikan pelbagai konflik antara kepentingan diri dengan kebaikan untuk rakyat. Pada masa yang sama mereka masih mampu mempertahankan nilai-nilai murni dan integriti diri....


RM 30.00 (Kulit nipis)    RM 50.00 (Kulit tebal)

 

 
 

 
 


Politik : Isu-isu integriti 2000-2008 - 01 April 2008

Usaha menghasilkan penerbitan buku kedua yang menyentuh isu integriti politik ini adalah lanjutan dari penerbitan buku pertama kami yang bertajuk Integriti Politik di Malaysia: Ke Arah Kefahaman Yang Lebih Sempurna. Buku pertama tersebut dihasilkan untuk menerangkan mengenai konsep integriti politik dalam pengamalan sistem demokrasi di Malaysia. Pada waktu itu belum ada buku yang dihasilkan yang memberi penekanan kepada elemen-elemen integriti yang kita percaya menjadi akar umbi kepada sesuatu amalan murni dalam sistem pemerintahan sesebuah negara. ...


RM 25.00

 

 

 

 

 

Muka surat: 1  2  3  4  5  6