| PENGENALAN Institut Integriti Malaysia (IIM) merupakan sebuah tempat yang selesa dengan mempunyai pelbagai kemudahan yang sesuai untuk keperluan semasa. IIM mempunyai sebuah auditorium yang mampu menampung 500 orang peserta pada satu masa, dewan murni untuk 300 orang dan bilik-bilik seminar dan bengkel yang boleh memuatkan peserta seramai 35 hingga 100 orang pada satu masa. Selain itu IIM juga menyediakan bilik penginapan sebanyak 40 bilik dengan kelengkapan seperti katil, berhawa dingin, telefon, TV, peti sejuk mini dan bilik air berkembar dengan kadar sewaan yang berpatutan. Sebagai sebuah institusi yang aktif menjalankan perlbagai program berbentuk ceramah, seminar dan bengkel, Institut Integriti Malaysia (IIM) menyediakan segala kemudahan untuk kegunaan semasa. Pusat Sumber IIM adalah dibuka untuk kunjungan umum pada setiap hari bekerja dari jam 8.30 pagi sehingga 5.00 petang. Pembacaan, penyelidikan dan pinjaman buku-buku boleh dibuat oleh orang awam dengan percuma. Terdapat banyak buku-buku yang berkaitan dengan pentadbiran, ekonomi, politik dan isu-isu semasa disamping bahan bacaan lain yang dapat membantu usaha meningkatkan integriti masyarakat Malaysia. IIM juga mempunyai kemudahan tempat meletak kenderaan di perkarangan bangunan yang akan memudahkan urusan dan apabila menghadiri program yang dianjurkan di Institut Integriti Malaysia. Terdapat kira-kira 100 petak tempat meletak kereta dan 20 petak tempat untuk motosikal. Badan sihat minda cerdas, menyedari hakikat ini IIM menyediakan gelanggang tennis untuk kegunaan kakitangan dan peserta-peserta program yang menginap di hostel IIM. Bagi yang suka berjoging pula bolehlah menjadikan kawasan sekitar IIM yang aman dan segar sebagai lokasi aktiviti tersebut. Terdapat juga kemudahan Gimnasium yang sesuai untuk melakukan senaman. |