Kini Portal IIM boleh dilayari melalui  mobile.
 Imbas pada QR Kod.
 Untuk bantuan sila klik disini
`

 

PENGENALAN

 

Sebagai satu langkah ke hadapan Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah IIM yang dipengerusikan oleh Y.Bhg Tan Sri Ketua Setiausaha Negara dan pihak Pengurusan IIM merasakan dalam konteks perlaksanaan PIN dalam perkhidmatan awam IIM perlu meneruskan usaha meningkatkan kesedaran penjawat awam mengenai PIN dan dalam masa sama perlu melangkah selangkah ke hadapan dengan memasuki fasa ke dua iaitu dengan memulakan langkah-langkah cuba menerapkan Integriti dalam kalangan penjawat awam dan juga mengadakan engagement dengan Jabatan-jabatan terpilih

 

Selaras dengan itu IIM dengan bantuan khidmat kepakaran perunding dan input pakar-pakar kandungan (content expert) dari pelbagai Kementerian, Jabatan dan Institusi seperti Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Unit Permodenan Tadbiran Awam Malaysia (MAMPU); Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), Badan Pencegah Rasuah (BPR), Biro Pengaduan Awam (BPA), Jabatan Penjara, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Audit Negara, Institut Integriti Negeri (IIN) dan seumpamanya telah membangunkan modul Kursus Pembangunan Individu dan Organisasi Berintegriti (PIOB) Dalam Perkhidmatan Awam.

Buat masa ini hanya terdapat tiga kursus yang ditawarkan iaitu :

 

1. Kursus Pembangunan Individu Dan Organisasi Berintegriti (PIOB)
2. Kursus Training For Educators (TOE) untuk kursus PIOB
3. Kursus TOE mengenai kesedaran fraud dalam sektor awam

 

 

 

 


 

Paparan : 14840
Tarikh Kemaskini : 10 Mei 2012