|   Kuning; Melambangkan kedaulatan sistem raja berpelembagaan. Merah; Merah di tengah melambangkan kekuatan dan kekukuhan warga dan institusi IIM. Biru; Kesepaduan serta gabungan setiap sektor ke arah mewujudkan masyarakat berintegriti. Putih; Melambangkan kesucian dan kemurnian berteraskan keagamaan bagi menjayakan integriti. ii; Dua i kecil ialah mewakili individu berbilang bangsa yang bertanggungjawab untuk mewujudkan dan melahirkan masyarakat berintegriti. M; Berbentuk seperti bumbung ialah mewakili institusi yang menjadi penaung dan penggerak kepada usaha ini. Kotak ; Warna merah dengan perkataan Institut Integriti Malaysia (IIM) ialah diumpamakan sebagai sebuah platform yang kukuh selaras dengan usaha IIM yang menjadi penggerak utama ke arah mewujudkan masyarakat berintegriti ini. Muat turun logo IIM |
| |
Paparan : 6567
Tarikh Kemaskini : 12 Januari 2012