| ||||
| `
PERUTUSAN PRESIDEN
Salam Sejahtera dan Selamat Datang ke Laman Web IIM,
Terlebih dahulu saya bagi pihak Institut Integriti Malaysia (IIM) mengucapkan terima kasih kerana melayari laman web rasmi IIM. Dalam era dunia tanpa sempadan, kecanggihan teknologi ICT dan keupayaannya memberi kemudahan serta mempercepatkan lagi proses kerja telah mendorong IIM mewujudkan laman web rasmi ini untuk menggalakkan masyarakat menggunakan teknologi ICT. Laman web ini merupakan satu daripada sumber maklumat yang penting dan mewujudkan hubungan antara satu sama lain secara domestik atau global selari dengan arus perkembangan teknologi maklumat yang melangkaui batas sempadan. IIM telah menggunakan laman web ini sebagai salah satu cabang penyebaran maklumat mengenai nilai-nilai murni dan penerapan integriti kepada masyarakat umumnya tidak kira apa juga bangsa dan agama untuk dimanfaatkan bersama. Tujuan utama IIM menyediakan laman web ini adalah untuk memberi ruang kepada orang ramai mendapatkan maklumat dan fakta mengenai perkhidmatan yang disediakan dan bahan-bahan penulisan yang telah diterbitkan hasil kerjasama setiap sektor di IIM . Objektif utama IIM adalah untuk menjadi pemacu dan jentera pelaksana Pelan Integriti Nasional (PIN) kearah membangunkan sebuah bangsa Malaysia yang berdaya tahan dan menghayati serta mengamalkan nilai-nilai integriti dan etika. Sejak ditubuhkan pada 23 April 2004, IIM dengan kerjasama dan sokongan dari pelbagai pihak telah berusaha keras untuk melonjakkan tahap integriti di kalangan masyarakat Malaysia melalui pelbagai program penerapan nilai-nilai murni serta kerohanian yang utuh dan bertunjangkan budi pekerti yang mulia. Akhir kata, selaras dengan gagasan 1Malaysia "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan", IIM juga mengalu-alukan sebarang maklum balas dan pandangan yang membina untuk penambahbaikkan berterusan terhadap kualiti perkhidmatan yang diberikan. Semoga segala usaha dan kerjasama ke arah membudayakan integriti di kalangan masyarakat Malaysia akan beroleh kejayaan, Insya Allah. Tarikh Kemaskini : 12 Januari 2012 |
















