`

 

Pengenalan

 

Sektor Awam berperanan untuk menjalankan program dan aktiviti ke arah meningkatkan integriti anggota perkhidmatan awam di peringkat persekutuan dan peringkat negeri dan seterusnya mewujudkan sistem penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan di negara ini.  Sistem penyampaian yang baik sewajarnya memenuhi ciri-ciri seperti cekap, cepat, tepat, keberkesanan kos dan disampaikan dengan berintegriti.  Transfomasi nilai dan integriti anggota perkhidmatan awam amat diperlukan kerana mereka merupakan sektor perkhidmatam terbesar di Malaysia yang memainkan peranan utama dalam pembangunan Negara.

 

Visi

 

Membentuk anggota perkhidmatan awam yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya dengan para warganya mempunyai nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

 

Misi

 

Merancang dan menggerak strategi dan program pengukuhan etika dan integriti anggota Perkhidmatan Awam Malaysia secara berkesan dan menyeluruh.

 

Fungsi
 

•Melaksanakan program latihan dan pendidikan mengenai integriti dalam   Perkhidmatan Awam;
•Menganjurkan persidangan, seminar dan forum mengenai integriti;
•Memberi khidmat nasihat program integriti;
•Memenuhi permohonan memberi taklimat dan ceramah integriti;
•Menjalinkan kerjasama dengan lain-lain agensi bagi melaksanakan program-program  integriti;
•Menghimpun pendapat pelbagai sektor dan mengendalikan penyelidikan ke arah  penambahbaikan   integriti Perkhidmatan  Awam; dan
•Mengemukakan perakuan dasar mengenai kepada pihak berkuasa dan pihak-pihak berkepentingan.
•Penyelidikan dan penerbitan bahan.
 

Paparan : 7439
Tarikh Kemaskini : 13 Julai 2011