| ||||
| `
BERITA SOSIOBUDAYA
SEMINAR PENGUKUHAN BELIA ORANG ASLI NEGERI JOHOR Bertemakan “ Orang Asli Boleh” satu Seminar Pengukuhan Integriti untuk para belia orang asli dari komuniti Jakun dan Orang Kuala seluruh negeri Johor yang dikenal pasti berpotensi untuk maju dalam hidup dan menjadi penggerak kepada usaha –usaha pembudayaan integriti dalam kalangan masyarakat orang asli telah diadakan di IIM mulai dari 18 hingga 20 Mac 2011. Seminar 3 hari 2 malam ini telah diadakan di hujung minggu melibatkan seramai 40 orang belia . Seminar ini telah diserikan dengan ucapan penutupan dan penyampaian sijil oleh Tuan Haji Yusuf bin Zulkurnain, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) ,Jabatan kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) mewakili Y.Bhg. Dato’ Ketua Pengarahnya. Sektor Sosiobudaya IIM mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak IKLAS Negeri Johor, JAKOA, Tok Batin Sindin dan seluruh penduduk perkampungan Orang Asli Sg. Bumbun atas segala kerjasama dan layanan mesra yang telah dihulurkan di sepanjang lawatan di perkampungan berkenaan. |
















