Pencapaian Sasaran


  1. Pelan Integriti Nasional (PIN) dilaksanakan secara berperingkat dan tempoh 2004-2008 merupakan fasa pertama pelaksanaannya. Dalam tempoh ini, pelbagai program dan aktiviti yang dicadangkan dalam Strategi dan Pelan Tindakan PIN akan dilaksanakan. Melalui pelaksanaan, pemantauan dan penilaian ke atas keberkesanan pelbagai program dan aktiviti itu, Kerajaan menjangkakan beberapa sasaran penting yang digariskan oleh PIN akan tercapai.

  2. Faktor Penentu


  3. Pencapaian pelbagai objektif Strategi dan Pelan Tindakan PIN bergantung kepada dinamika dan daya tahan gerakan pemantapan integriti serta keupayaannya meresap ke akar umbi sehingga menjadi gerakan rakyat. Antara faktor kritikal bagi mencapai sasaran tersebut ialah: Kepimpinan berteladan; Dasar yang utuh, Matlamat yang jelas; Pendidikan berterusan dan berulang; Komunikasi berkesan; Persekitaran budaya yang kondusif; Kerjasama jentera politik dan pentadbiran; Kerangka perundangan berkesan dan Kehakiman yang bebas; Kecukupan dan kecekapan sumber; dan Kesediaan individu untuk berubah (sila lihat Gambarajah 4).

  4. Kepimpinan Berteladan


  5. Kepimpinan adalah antara faktor penentu terpenting bagi kejayaan PIN. Kepimpinan sedemikian mempunyai iltizam politik yang teguh, berwawasan, menetapkan sasaran yang jelas, berpegang pada prinsip bersih, cekap dan amanah, menunjukkan teladan yang baik, berhemah serta mesra rakyat. Kepimpinan yang mempunyai ciri-ciri ini dapat memberikan inspirasi kepada rakyat, sekaligus menggembleng kekuatan mereka untuk mencapai matlamat PIN.

  6. Dasar yang Utuh dan Matlamat yang Jelas


  7. Pemimpin perlu menggubal dasar yang utuh dan menggariskan matlamat yang jelas, munasabah dan boleh dilaksanakan. Penggubalan dasar dan penetapan matlamat perlu mengambilkira pandangan dan cadangan pelbagai lapisan masyarakat dan sektor negara. Pendekatan perundingan yang digunakan untuk menggubal PIN perlu diteruskan.


  8. Pencapaian sasaran PIN juga amat bergantung kepada pendidikan nilai­nilai murni secara berterusan dan berulang di kalangan pelbagai sektor dan lapisan masyarakat. Melalui cara ini nilai-nilai tersebut beransur­ansur dapat dihayati dan dilaksanakan sehingga menjadi sebahagian daripada kebiasaan hidup. Dengan dernikian ia akhirnya menjadi budaya individu dan masyarakat.

  9. Komunikasi Berkesan


  10. Salah satu faktor yang boleh menyebabkan kegagalan mana-mana perancangan perubahan termasuk PIN ialah kegagalan berkomunikasi. Oleh itu, komunikasi yang berkesan, jelas, terfokus, dan mudah difahami amat penting.

  11. Persekitaran Budaya yang Kondusif


  12. Persekitaran yang kondusif bermaksud adanya suatu budaya di mana rakyat di merata tempat berminat mengenai etika dan integriti serta mengamalkannya. Minat dan pengamalan ini akan terus berkembang apabila pemimpin menepati janjinya. Penguatkuasaan terhadap gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa pula semakin berkesan dan tidak dilakukan secara 'rnemilih bulu'. Perkernbangan ini akan lebih terdorong lagi apabila tedapat penyelesaiaan terhadap kes-kes yang menarik perhatian umum.

  13. Kerjasama Jentera Politik dan Pentadbiran


  14. Sokongan padu dan kerjasarna jentera politik dan pentadbiran amat penting bagi menjayakan sasaran PIN. Koordinasi antara kedua-dua jentera tersebut, dan isyarat yang sama daripada mereka memberikan keyakinan kepada rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa keadaan sedang berubah ke arah menjadi semakin baik.

  15. Kerangka Perundangan Berkesan dan Kehakiman yang Bebas


  16. Kerangka perundangan yang berkesan dan sesuai dengan perkembangan semasa sangat penting. Pada masa yang sama, badan kehakiman yang bebas yang menjamin keadilan dilaksanakan dengan cepat dan tepat tanpa gentar atau memihak adalah amat kritikal bagi meningkatkan keyakinan rakyat. Kedua-dua ini menyurnbang kepada pencapaian sasaran PIN.

  17. Kecukupan dan Kecekapan Sumber


  18. Pelbagai syarat kejayaan di atas masih perlu dilengkapi dengan sumber manusia yang terlatih, berkemahiran dan cekap. Selain itu, sumber kewangan dan teknologi moden yang mencukupi juga amat diperlukan.

  19. Kesediaan individu untuk Berubah


  20. Dari segi pembinaan insan, peranan individu sangat penting. Pemahaman, kesedaran dan pengetahuan individu mengenai nilai-nilai murni, yang dipupuk melalui pendidikan dan komunikasi berkesan akan menyumbang kepada gerakan pemantapan integriti. Keinsafan mereka tentang perlunya kelemahan diri diatasi akan meningkatkan komitmen mereka untuk berubah. Dengan cara itu, individu berkenaan akan lebih komited kepada usaha meningkatkan amalan beretika, sekaligus integriti.

  21. Kesimpulan


  22. Gerakan pemantapan integriti ialah suatu gagasan yang semakin menawanimaginasi pelbagai lapisan masyarakat Malaysia. Gerakan ini sedang menjadi suatu kekuatan masyarakat bagi mengurus kejayaan dan menangani kelemahan dengan berkesan. Pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN) dan penubuhan Institut Integriti Malaysia (IIM) menjadi pendorong terbesar ke arah pencapaian matlamat gerakan pemantapan integriti. Kesemua ini membolehkan Malaysia secara teratur melangkah ke hadapan mencapai cita-cita menjadi sebuah masyarakat maju menurut acuan sendiri, serta membinanya menjadi lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

 
© Hakcipta Terpelihara 2005, Institut Integriti Malaysia