Fasa Permulaan PIN


  1. PIN akan dilaksanakan secara sistematik dan terancang melalui sinergi usaha pelbagai sektor dan institusi dalam masyarakat dan negara. Supaya pelaksanaannya terus menjadi pendorong kepada gerakan pemantapan integriti di kalangan para pemimpin, pentadbir, ahli perniagaan, anggota parti politik, belia, pelajar, wanita, penganut agama, ahli NGO dan pelbagai kumpulan lain masyarakat, PIN menetapkan pencapaian objektifnya secara berfasa berdasarkan tempoh setiap lima tahun. Jangka lima tahun selepas pelancaran dan pelaksanaan PIN, iaitu 2004 hingga 2008, ditetapkan sebagai fasa pertama. Bagi tujuan pemantauan dan penandaarasan, penilaian prestasi tahunan akan terus menerus dilakukan. Penilaian ini akan dirumus menurut piawai dan amalan yang selaras dengan ciri khusus masyarakat dan negara Malaysia di samping mengambil kira piawai dan amalan antarabangsa.

  2. Penilaian Keberkesanan


  3. PIN menggunakan gabungan dua cara untuk membuat penilaian ke atas keberkesanan pelaksanaan pelbagai strategi dan program bagi memantapkan integriti seluruh masyarakat dan negara.


  4. Cara Pertama

  5. Cara pertama adalah berdasarkan pandangan para stakeholders daripada pelbagai sektor masyarakat dan negara. Tiga pendekatan digunakan di bawah cara ini iaitu :

    • Laporan stakeholders daripada pelbagai sektor yang dibentangkan dalam Konvensyen Mengenai Integriti yang diadakan secara berkala di peringkat wilayah dan kebangsaan. Wakil semua sektor yang pandangannya dirujuk dalam proses penggubalan PIN akan dikumpul semula untuk menyertai Konvensyen tersebut;


    • Maklumbalas melalui soalselidik yang dijalankan ke atas setiap peserta Konvensyen; dan

    • Kajian mengenai etika dan integriti yang dijalankan dari semasa ke semasa dengan memilih sampel secara ram bang daripada pelbagai sektor di seluruh negara.

    Cara kedua


  6. Cara kedua adalah pendekatan kuantitatif yang membuat penilaian berdasarkan pencapaian yang diukur secara statistik. Prestasi integriti dalam pelbagai komponen atau bidang akan diukur secara statistik dan penandaarasan (benchmarking) dilakukan berdasarkan ukuran tersebut.

  7. TEKAD 2008

  8. Bagi tempoh lima tahun pertama (2004 - 2008), PIN menetapkan lima sasaran keutamaan yang hendak dicapai. Sasaran yang dikenali sebagai Tekad 2008 ini ialah:

  9. Sasaran 1 : Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara ber~esan;

    Sasaran 2 : Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi;

    Sasaran 3: Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan;

    Sasaran 4: Memantapkan institusi keluarga dan komuniti; dan

    Sasaran 5: Meningkatkan kualiti hid up dan kesejahteraan masyarakat.

    Pengukuran Pencapaian Sasaran

    Sasaran 1 : Mengurangkan genjala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan


  10. Untuk mengukur prestasi pencapaian sasaran ini, PIN menggunakan ukuran tanda aras antarabangsa dan juga tanda aras dalam negeri seperti berikut:


    • Tanda aras antarabangsa yang digunakan ialah skor dalam Indeks Persepsi Rasuah yang digubal oleh Transparency International. Apa yang hendak dicapai ialah menaikkan skor 5.2 mata yang dicatat oleh Malaysia pad a tahun 2003 menjadi sekurang-kurangnya 6.5 mata (10 ialah skor terbaik manakala 1.0 skor terburuk) menjelang tahun 2008, serta mengubah kedudukan ke-37 daripada 133 negara menjadi sekurang-kurangnya kedudukan ke-30;


    • Dari segi ukuran dalam negeri, kejayaan langkah-Iangkah oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) dalam menyiasat dan menyelesaikan kes rasuah akan digunakan; dan


    • Ukuran lain yang sesuai juga akan dibina dari semasa ke semasa.

    Sasaran 2 : Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi karenah birokrasi


  11. Prestasi ini diukur berdasarkan petunjuk berikut :

    • Indeks persepsi awam bagi agensi perkhidmatan dalam sektor Kerajaan, dengan menurunkan skornya supaya berada di bawah paras 2.5 mata (1.0 ialah skor terbaik manakala 5.0 skor terburuk);

    • Bilangan aduan kepada BPR, Biro Pengaduan Awam (BPA), Laporan Ketua Audit Negara dan lain-lain maklum balas pelanggan kepada jabatan atau agensi Kerajaan serta saluran aduan yang lain; dan

    • Tanda aras lain oleh agensi antarabangsa dan dalam negeri yang mengukur kecekapan pentadbiran Kerajaan akan diambil kira sekiranya sesuai.

    Sasaran 3 : Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan


  12. Prestasi dalam bidang rni akan dinilai berdasarkan ukuran berikut:


    • Peningkatan bilangan syarikat korporat yang mematuhi syarat-syarat penyenaraian Malaysia Securities Exchange Berhad (MSEB);

    • Pengurangan kes penipuan korporat ;

    • Peningkatan tender yang dilakukan secara telus dan pengurangan tender secara langsung;

    • Penerimaan Rukuniaga Malaysia oleh syarikat-syarikat perniagaan;

    • Pengurangan kes pelanggaran terhadap Akta Perlindungan Pengguna 1999; dan

    • Tanda aras lain yang digunakan oleh agensi dalam negeri dan antarabangsa juga akan digunakan sekiranya sesuai.

    Sasaran 4 : Memantapkan institusi keluarga

  13. Sebagai petunjuk yang mencerminkan daya tahan institusi keluarga dan kehidupan keluarga yang bahagia dan sejahtera, prestasi pencapaian sasaran ini boleh diukur dengan meneliti perkara berikut :

    • Pengurangan kadar perceraian;

    • Pengurangan konflik keluarga seperti isu perebutan harta dan hak penjagaan anak;

    • Pengurangan kadar keganasan rumahtangga;

    • pengurangan kadar penderaan dan pengabaian kanak-kanak;

    • Peningkatan bantuan kepada keluarga beribu atau berbapa tunggal;dan

    • Pengurangan kes pengabaian warga tua

    Sasaran 5 : Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat


  14. Prestasi pencapaian sasaran ini diukur dengan meneliti kemajuan berikut:


    • Kadar jenayah dalam masyarakat, lebih-Iebih lagi jenayah berat, jenayah harta benda, dan jenayah seks. Pengurangan kadar jenayah diambil sebagai petunjuk kepada kehidupan masyarakat yang lebih selamat;

    • Kadar gejala sosial seperti penagihan dadah, perlakuan seks ram bang dan bebas yang menjadi antara punca HIV dan AIDS, serta pasangan bersekedugukan. Pengurangan kadar ini diambil sebagai petunjuk kepada kehidupan masyarakat yang lebih sihat dan bermoral.

    • Kadar kemalangan jalan raya. Pengurangan dalam petunjuk ini bertujuan mencerminkan pembaikan etika pemanduan di kalangan para pemandu dan kemajuan dalam penguatkuasaan undang­undang lalu lintas;

    • Kadar perbuatan salah laku di kalangan pelajar sekolah. Pengurangan kadar ini diambil sebagai petunjuk keberkesanan pendidikan "Sivik dan Kenegaraanh serta penguatkuasaan disiplin di kalangan pelajar; dan

    • Kadar kerosakan dan pencemaran alam sekitar. Pengurangan kadar ini bertujuan mencerminkan peningkatan kesedaran manusia terhadap pentingnya pembangunan yang lestari.

    Gabungan Petunjuk Komposit


  15. Kesemua petunjuk ini masih belum lengkap sebagai kayu ukur bagi menunjukkan kemajuan atau kemunduran Malaysia bagi keseluruhan aspek integriti. Walau bagaimanapun, dengan membentuk petunjuk komposit, ia boleh memberikan suatu gambaran yang terperinci meliputi beberapa aspek penting kehidupan masyarakat dan negara.

  16. Selain itu, kesemua petunjuk di atas dipilih kerana Malaysia mempunyai pangkalan data terse but yang boleh digunapakai bagi tujuan anal isis, perbandingan dan pemantauan. Semua pihak yang bertanggungjawab mengumpul data ini perlu meneruskan tugas itu dengan lebih baik lagi.

  17. Kesimpulan


  18. Hakikat sebenar peningkatan integriti adalah sesuatu yang subjektif, yang boleh dirasai dengan deria dan jiwa. Hal ini sukar diukur, tetapi dapat dihayati dan dibayangkan melalui tindak laku, dan naratif atau persepsi anggota masyarakat. Gabungan kedua-dua pendekatan, iaitu pandangan para stakeholders pelbagai sektor masyarakat dan indeks komposit, akan dapat memberikan gambaran yang lebih tepat dan menyeluruh mengenai keberkesanan gerakan pemantapan integriti. la juga berupaya menarik perhatian kepada ruang dan isu yang perlu dititikberatkan selanjutnya dalam gerakan tersebut.

 

 
© Hakcipta Terpelihara 2005, Institut Integriti Malaysia