Pertandingan Fotografi Integriti Peringkat Kebangsaan ini diadakan mengikut lima tema yang selari dengan lima matlamat Pelan Integriti Nasional (PIN) yang lebih dikenali sebagai “Tekad 2008”. Tema yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
- Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara berkesan;
- Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi;
- Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan;
- Memantapkan institusi keluarga dan komuniti; dan
- Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.
Hadiah-hadiah akan diberikan kepada setiap tema yang dipertandingkan. Sehubungan itu, para peserta diharapkan dapat menggunakan kemahiran dan kreativiti masing-masing bagi menghasilkan gambar yang terbaik.
Dua kategori yang dipertandingkan ialah ‘kategori terbuka’ dan ‘kategori pelajar’. Bagi kategori terbuka, hadiah yang menanti ialah RM 2,000 bagi tempat pertama, RM 1,500 bagi tempat kedua dan RM 1,000 bagi tempat ketiga.
Bagi kategori pelajar pula, hadiah yang ditawarkan ialah RM 1,000 bagi tempat pertama, RM 750 bagi tempat kedua dan RM 500 bagi tempat ketiga. Setiap pelajar yang menyertai pertandingan ini akan diberikan sijil.
Secara keseluruhan, 30 hadiah yang dipertandingkan bernilai RM 33,750.
Presiden IIM Datuk Dr Mohd Tap Salleh menyarankan supaya para peserta memahami isi kandungan PIN untuk memudahkan mereka mencari idea untuk merakamkan gambar.
“Juru foto yang bertanding boleh memilih apa-apa subjek yang disukainya untuk dirakamkan, tetapi ia hendaklah ada kena mengena dengan tema yang dipertandingkan,” katanya semasa sidang akhbar hari ini.
“Sebagai contoh, jika peserta memilih untuk merakamkan imej yang berkaitan dengan Tekad 5 PIN (iaitu ‘meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat’), beliau boleh memilih untuk mengambil gambar alam semula jadi, hidupan liar, pemandangan atau pun gambar-gambar di jalanan.
“Yang penting, gambar itu mestilah melambangkan kewujudan integriti. Jika gambar pemandangan yang menarik, contohnya, ia merupakan hasil dari penjagaan alam sekitar yang baik yang merupakan sikap berintegriti. Begitu juga dengan imej-imej yang lain,” jelas Mohd Tap.
“Seseorang juru foto boleh juga merakamkan suasana keluarga bahagia, contohnya, kerana ia ada kena mengena dengan matlamat ke empat Tekad 2008 PIN. Banyak yang boleh dirakamkan jika kelima-lima tema tersebut diambil kira, dan terpulanglah kepada juru foto untuk memikirkan apakah cara yang paling kreatif dan berkesan bagi menyampaikan mesej melalui gambar,” tambah beliau.
Mohd Tap mencadangkan agar para peserta melayari terlebih dahulu laman web IIM (www.iim.com.my) untuk benar-benar memahami maksud tema sebelum mencari imej-imej yang menarik untuk dirakamkan. Borang penyertaan dan syarat-syarat pertandingan juga boleh diperoleh dari laman web IIM.
“Setiap penyertaan mestilah mematuhi syarat yang ditetapkan,” katanya. Pertandingan ini akan berlangsung selama dua bulan dan tarikh tutup penyertaan ialah pada 30 September 2008.
“Apa yang lebih penting, pertandingan ini diharap dapat memberikan lebih pemahaman terhadap agenda integriti tatkala Malaysia menuju status negara maju menjelang 2020,” kata Mohd Tap.
Dikeluarkan oleh Unit Korporat dan Penyelarasan, Institut Integriti Malaysia. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Yusof Ghani
Pengurus Unit Korporat
Tel: 019-359 3009
Off: 03-6209 2012
|
|
atau |
K. Rajesh
Penolong Pengurus Unit Korporat
Tel: 016-396 5318
Off: 03-6209 2015 |
|
Photo Contest for Greater Awareness on Integrity
The Malaysian Institute of Integrity (IIM) today launches the Integrity Photo Contest to create greater awareness about integrity through photography. Since a picture speaks a thousand words, any subject matter that conveys integrity messages is bound to win prizes at this inaugural contest.
The contest comes in five themes, in line with the five priority targets underlined by the National Integrity Plan (PIN), or better known as ‘Target 2008’ as follows:
- Effectively reduce corruption, malpractices and abuse of power;
- Increase efficiency in the public service delivery systems and overcome bureaucratic red tape;
- Enhance corporate governance and business ethics;
- Strengthen the family institution; and
- Improve the quality of life and people’s well being.
Prizes will be awarded for each of the themes. Thus, the contestants are expected to use their creativity to look for suitable subject matters that fit the stated themes.
There are two categories for the contest, namely ‘open category’ and ‘student category’. As for the open category, each of the themes will carry a cash prize of RM 2,000 for the first place, RM 1,500 for the second place and RM 1,000 for the third place.
For ‘student category’ the cash prize is RM 1,000 for the first place, RM 750 for the second place and RM 500 for the third place.
All in all, there will be 30 cash prizes totaling RM 33,750 up for grab. Each of the participating students will also receive a certificate.
IIM President Datuk Dr Mohd Tap Salleh reminded the contestants to study the PIN in order to have better understanding on the subject matters.
“One can photograph any subject he likes, but each of the subjects must reflect the chosen theme,” he said a press conference today.
“For instance, if one decides to submit entry on subject matters which related to the fifth target of PIN (which is to ‘improve the quality of life and people’s well being’), he can photograph subjects like nature, wildlife, landscape, or even people on the street.
“One can justify his work by saying that the nice scenery picture taken is a result of integrity among the Malaysians to keep the environment intact. The same goes to any other subject,” Mohd Tap explained.
“Participating photographers can also photograph a happy family, for example, as it is related to the fourth objective of Target 2008. There are many other subjects that can be photographed under all the five themes, and it’s up to the photographer’s creativity to convey integrity messages,” he added.
He said the relevant information is available in the IIM website (www.iim.com.my) and expected the contestants to do some ‘homework’ before packing up their photographic gear in search of winning images.
“One can send as many photographs and win more than one prizes, including the grand prize, but must carefully observe the rules and regulations outlined for the contest,” he said.
The contest will run for two months until September 30, 2008.
“What is more important is that this contest will create greater understanding on integrity agenda as the country progresses towards becoming a developed nation by 2020,” Mohd Tap concluded.
Issued by the Corporate and Coordination Unit, Malaysian Institute of Integrity. For further details, please contact:
Yusof Ghani
Corporate Unit Manager
Tel: 019-359 3009
Off: 03-6209 2012
|
|
or |
K. Rajesh
Corporate Unit Assistant Manager
Tel: 016-396 5318
Off: 03-6209 2015 |
|
Syarat-syarat peraduan | Muat-turun borang
|