Pertandingan Fotografi Integriti’ Peringkat Kebangsaan Anjuran Institut Integriti Malaysia

Syarat-syarat peraduan:

  • Peraduan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali kakitangan IIM dan ahli keluarga terdekat.
  • Pertandingan dibuka kepada dua kategori, iaitu ‘Terbuka’ dan ‘Pelajar’
  • Kategori ‘Terbuka’ boleh disertai oleh semua warganegara Malaysia, manakala kategori ‘Pelajar’ untuk pelajar Tingkatan 1 – 6 sahaja.
  • Terdapat lima tema yang dipertandingkan:
    1. Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa secara berkesan;
    2. Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi;
    3. Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan;
    4. Memantapkan institusi keluarga dan komuniti; dan
    5. Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.
  • Tema yang dipertandingkan merupakan sasaran Pelan Integriti Nasional (PIN) yang juga dikenali sebagai ‘Tekad 2008’.

  • Subjek yang dirakamkan mestilah berkaitan dengan maksud tema dan setiap peserta boleh menyertai mana-mana atau kesemua tema yang dipertandingkan:

  • Hadiah bagi setiap tema (dari lima tema) untuk  Kategori Terbuka ialah seperti berikut:
                                                                                    
    Hadiah Pertama: RM 2,000
    Hadiah Kedua: RM 1,500
    Hadiah Ketiga RM 1,000
  • Hadiah bagi setiap tema (dari lima tema) bagi Kategori Pelajar ialah seperti berikut:

    Hadiah Pertama: RM 1,000
    Hadiah Kedua: RM 750
    Hadiah Ketiga RM 500
  • Peserta boleh menggunakan kreativiti sendiri untuk menterjemahkan maksud tema pertandingan  yang dinyatakan dan mestilah memberikan mesej yang jelas melalui gambar.
  • Setiap penyertaan mestilah disertakan dengan borang yang boleh diperoleh di sini
  • Peserta boleh menghantar maksimum lima penyertaan bagi setiap tema, tetapi setiap gambar mestilah dihantar dalam bentuk ‘soft copy’ dalam cakera padat dengan format JPEG bersaiz sekurang-kurangnya 2 megabait, serta satu salinan ‘hard copy’ bersaiz 8R.
  • Sila lekatkan borang penyertaan yang sudah diisi di setiap belakang salinan gambar (hard copy) yang dihantar.
  • Gambar yang dimanipulasikan melalui komputer tidak diterima untuk penyertaan.
  • Hanya gambar berwarna diterima untuk pertandingan ini.
  • Setiap peserta hanya layak memenangi satu hadiah bagi setiap satu tema.
  • Karya yang dihantar mestilah yang asli, diambil oleh peserta dan belum menyertai apa-apa pertandingan atau disiarkan dalam mana-mana penerbitan.
  • Semua penyertaan akan menjadi hak milik IIM dan penganjur berhak untuk mencetak dan menerbitkan semula mana-mana karya.
  • Bukti penghantaran bukanlah bermaksud bukti penerimaan.
  • Kemenangan boleh dibatalkan sekiranya peserta didapati melanggar syarat pertandingan.
  • Keputusan pengadil adalah muktamad.
  • Pemenang akan dimaklumkan melalui telefon, surat dan disiarkan pada laman web IIM.
  • Tarikh tutup penyertaan ialah selewat-lewatnya pada jam 5.00 petang, 30 September 2008  seperti pada alamat berikut: 

    Sekretariat
    Pertandingan Fotografi ‘Integriti’ Peringkat Kebangsaan
    Institut Integriti Malaysia
    Menara Integriti
    Persiaran Duta, Off Jalan Duta
    50480 Kuala Lumpur

  • Penyertaan yang lewat tidak akan diterima.