Kini Portal IIM boleh dilayari melalui  mobile.
 Imbas pada QR Kod.
 Untuk bantuan sila klik disini
`

 

 

 

  dan Salam Sejahtera,

 

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, selawat dan salam ke atas junjungan besar nabi Muhamad s.a.w., ahli keluarga dan para sahabat Baginda sekalian.

Sebagai tunggak utama sektor pembangunan dan peneraju integriti,

Sektor sosiobudaya merupakan sebuah sektor di dalam IIM yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dalam usaha untuk membangun nilai-nilai murni dan memupuk semangat aplikasi integriti di dalam pengurusan kehidupan seharian kita. Pembangunan laman web ini adalah salah satu usaha IIM ke arah memantapkan dan membudayakan pengurusan hal ehwal integriti di samping dapat menyebarkan ilmu dan maklumat tentang aktiviti–aktiviti integriti yang terkini yang telah, sedang dan akan dilaksanakan khusus kepada masyarakat terutamanya subsektor seperti Sosiobudaya, Agama, Komuniti, Masyarakat Sivil (NGO), Sukan dan Rekreasi, Keluarga, Belia dan Mahasiswa serta pelajar-pelajar.

Adalah hasrat kami untuk menjadi sektor yang efisyen dan efektif untuk membantu IIM dalam mencapai visi, misi dan objektif. Melalui laman web ini, kami berhasrat untuk memberi perkhidmatan yang terbaik dengan cara menyediakan maklumat terkini berkenaan sector sosiobudaya, khususnya maklumat berkaitan pembangunan sahsian modal insan yang berkualiti dan berintegriti.

Selaras dengan hasrat dan matlamat kepimpinan Negara dalam merealisasikan gagasan 1 Malaysia : Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan, penggunaan media internet diharap dapat membantu mempercepatkan perkhidmatan yang disediakan oleh sektor Sosiobudaya mahupun IIM amnya melalui pemaparan pelbagai maklumat berkenan aktiviti, program,artikel, jurnal dan sebagainya. Di masa akan datang, portal ini akan dikembangkan lagi dengan memuatkan lebih banyak maklumat berkaitan pemupukan nilai-nilai integriti.

Sebagai sebuah agensi peneraju utama di dalam membudayakan masyarakat Malaysia yang berintegriti pihak kami berhasrat untuk menonjolkan imej peneraju transformasi pengurusan hal ehwal pembudayaan dan pemupukan nilai-nilai murni di Negara ini khususnya dan di peringkat akar umbi  masyarakat secara amnya.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi melayari laman web IIM dan diharapkan anda memperoleh sesuatu kelainan yang penuh bermanfaat apabila mengunjungi laman web IIM. Adalah diharapkan agar portal ini menjadi sumber rujukan yang berguna dan semoga maklumat yang dipaparkan dapat memberi penerangan yang berkesan kepada saudara saudari sekalian.

Selamat Melayari Dunia Web Integriti Anda

MEMBUDAYAKAN MASYARAKAT MALAYSIA
 
 
HAMILYE SHAM BIN HARUN
Pengarah Sektor Sosiobudaya
Institut Integriti Malaysia.