Kini Portal IIM boleh dilayari melalui  mobile.
 Imbas pada QR Kod.
 Untuk bantuan sila klik disini
`

 

Pengenalan

Sektor Politik ialah sebuah sektor yang bertanggungjawab mengkoordinasikan dan melaksanakan program-program pemantapan integriti politik dalam kalangan Ahli-ahli Politik, Parti Politik dan Institusi Politik.

 

Latarbelakang

Sektor Politik ditubuhkan pada 1 April 2006 selepas berlakunya penstrukturansemula Institut Integriti Malaysia. Sebelum itu ia dikenali sebahagi Bahagian Perhubungan dan Persidangan. Sektor Politik berfungsi untuk memantapkan pelaksanaan agenda integriti untuk institusi politik bersesuaian dengan strategi 7 dalam PIN. Antara strategi objektif Sektor Politik ialah;

  •   Meningkatkan kesedaran di kalanganahli dan institusi politik mengenai kepentingan integriti dalam Negara.
  •  Menambahkan bahan-bahan cetakan dan elektronik yang membincangkan isu-isu mengenai integriti politik.
  • Meningkatkan program dan aktiviti melalui kerjasama pintar dengan institusi-institusi yang memainkan peranan dalam  sistem  demokrasi Negara.
  •  Meningkatkan komitmen kumpulan sasaran dan mereka yang terlibat menyumbang ke arah mewujudkan budaya politik yang berintegriti.
  •  Memastikan setiap masyarakat mendapat maklumat dan pendedahan mengenai integriti politik.

 Strategi 7: Pelaksanaan Agenda Integriti untuk Institusi Politik

  •   Pengekalan keluhuran Perlembagaan dan sistem politik negara
  •   Pengekalan kedaulatan dan peningkatan keutuhan institusi parlimen sebagai institusi penggubal undang-undang yang luhur
  •  Pengamalan politik yang berintegriti serta pengembangan budaya politik yang sihat, beretika, matang dan demokratik mengikut acuan sendiri; dan
  •  Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik.

Muka surat: 1  2  

Paparan : 13469
Tarikh Kemaskini : 10 Mei 2012