Kini Portal IIM boleh dilayari melalui  mobile.
 Imbas pada QR Kod.
 Untuk bantuan sila klik disini
`

 

 

 

Pengenalan

 

Sektor Sosiobudaya bertanggungjawab mengkoordinasi dan melaksanakan program-program pemantapan integriti sosiobudaya dalam kalangan Institusi Keluarga, Komuniti, Masyarakat Sivil, Institusi Sosiobudaya, Institusi Agama, Sukan dan Rekreasi, Kebudayaan dan Mahasiswa.

 

Sejarah Latar Belakang

Sektor ini adalah salah satu jentera pelaksana Pelan Integriti Nasional (PIN) kearah membangunkan sebuah bangsa Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan menghayati nilai-nilai murni sejagat. Sektor Sosiobudaya terlibat secara langsung dengan institusi yang paling asas iaitu keluarga, komuniti dan masyarakat sivil bagi perlaksanaan agenda integriti terhadap institusi keluarga, komuniti, masyarakat sivil, institusi sosiobudaya dan Institusi Agama.

 

Visi


Mengembelingkan tenaga dan usaha bagi melahirkan serta mentransformasikan masyarakat Malaysia agar mempunyai nilai-nilai murni dan berintegriti yang konsisten di mana warganya mengamalkan nilai-nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.

Misi


Merangka pelaksanaan pemantapan matlamat, pelan strategi dan program pemupukan nilai-nilai integriti khususnya warga Malaysia dalam semua aspek norma kehidupan seharian.


Fungsi


Sebagai jentera pelaksana dan pemudahcara pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN) ke arah membangunkan sebuah bangsa serta modal insan yang berkualiti, beretika, berintegriti, berdaya tahan dan menghayati nilai-nilai murni sejagat.
 

 

Muka surat: 1  2