Kini Portal IIM boleh dilayari melalui  mobile.
 Imbas pada QR Kod.
 Untuk bantuan sila klik disini
`

 

Sejak 2006, Institut Integriti Malaysia dengan kerjasama Bahagian Pelajaran Menengah MARA telah mengadakan projek CSR Rebung yang berpaksikan kepada pembentukan majudiri pelajar berlandaskan fasilitator yang terdiri daripada guru-guru MRSM sendiri. Program ini juga merangkumi sebuah sesi modul TOT (training of traniners) yang melibatkan guru-guru MRSM terpilih.

 

Sehubungan dengan Pelan Integriti Nasional dan Wawasan 2020, pemikiran guru-guru yang terlatih dalam projek ini diharapkan satu hari nanti dapat memacu perkembangan dan pembangunan pelajar-pelajar menerusi penghayatan konsep-konsep CSR dengan pemahaman yang komited melalui pengalaman persekitaran mereka.

 

Pada tahun 2007, modul asal CSR rebung telah dibaikpulih dari segi penyampaian objektif keseluruhan dan juga metodologi yang berdasarkan kerangka kerja Bursa Malaysia yang bertajuk “CSR Framework for PLCs”. Modul baru ini telah menggunakan metodologi esprit de corp dan unsur-unsur penekanan element ’Intrinsic dan extrinsic’ serta hubungan pengaruh luaran dan dalaman.

 

Objektif latihan ini adalah untuk melatih guru-guru dan pelajar-pelajar MRSM kepada perancangan, perlaksanaan dan pemantauan projek CSR Rebung yang menguji minda dan kekuatan fizikal serta menguasai kemahiran untuk menjalankan projek ini secara berdikari.

Paparan : 12175
Tarikh Kemaskini : 13 April 2012