|
|
Makluman Sisipan Media Sempena Hari Integriti Nasional:
 |
 |
 |
| |
|
|
Institut Integriti Malaysia (IIM) merupakan idea YAB mantan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi dan beliau mengisytiharkannya pada 5 November 2003. Ia ditubuhkan sebagai sebuah badan autonomi yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat. IIM ditubuhkan bagi melengkapkan usaha-usaha pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN). Pendaftaran IIM telah pun diluluskan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan berkuat kuasa 4 Mac 2004... [lagi]
|
|
|
 |
|
 |
|
|
|
SIWP Peringkat IPGM Ilmu Khas
|
|
Seminar Integriti Warga Pendidik Peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia sekali lagi telah menganjurkan Seminar Integriti Warga Pendidik peringkat Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) Kampus Ilmu Khas pada 29 Oktober 2009 yang lalu. Seminar ini telah diadakan di Dewan Toh Puan Norashikin, Bangunan Pergerakan Puteri Islam, Cheras, Kuala Lumpur...[lagi]
|
|
|
Kursus PIOB Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru
|
Institut Integriti Malaysia (IIM) sekali lagi telah mengadakan Kursus Pembangunan Individu dan Organisasi Berintegriti (PIOB) pada 21 – 23 Oktober 2009 yang lalu untuk staf dan kakitangan yang berkhidmat di sekolah-sekolah di bawah seliaan Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru, Johor..[lagi]
|
|
|
Bengkel membincangkan Tajuk Pertandingan Essei Integriti
|
|
Sejak tahun 2005 lagi, Sektor Sosiobudaya IIM melaksanakan pertandingan menulis essei integriti peringkat sekolah menengah sebagai satu cara untuk menyemai nilai-nilai murni di kalangan pelajar selaku pewaris kepimpinan negara di masa depan. Pertandingan dibahagikan kepada Kategori A (Pelajar Tingkatan 1-3) dan Kategori B (Pelajar Tingkatan 4-5)..[lagi]
|
|
|
Seminar Pengukuhan Integriti
|
|
Sebanyak 4 sesi Seminar Pengukuhan Integriti bagi pemimpin-pemimpin masyarakat peringkat akar umbi telah diadakan di sepanjang bulan Jun, Julai dan Ogos 2009 yang berjaya mengumpulkan sejumlah lebih 3000 pemimpin masyarakat peringkat akar umbi..[lagi]
|
|
|
IIM Menganjurkan Bengkel Komanwel-Kerjasama Commonwealth Fund For Technical Cooperation (CFTC)
|
 |
Seramai 30 pegawai kanan dari negara Komanwel berkumpul dan menjana minda dalam bengkel yang dianjurkan IIM dengan kerjasama Commonwealth Fund for Technical Cooperation (CFTC).
Bengkel Pan Komanwel tersebut yang bertajuk “Leveraging Corporate Governance and Ethics Strategies in
|
Strengtheningthe Institutional Integrity System Against Corruption” telah diadakan selama lima hari bermula 3 hingga 7 Ogos lalu di Hotel Concorde Kuala Lumpur dan Institut Integriti Malaysia..[ lagi]
|
|
|
|